1. Pengenalan
Selamat datang ke ekosistem Semat Barber. Dengan membuat tempahan melalui sistem ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang ditetapkan di bawah. Perkhidmatan kami memfokuskan kepada servis premium House Call Barber (gunting rambut di ruang tamu anda) khusus untuk kawasan liputan Bandar Tasik Puteri.
2. Tempahan & Pembatalan
- Semua tempahan tertakluk kepada kekosongan slot masa semasa (real-time availability).
- Tukang gunting (Barber) berhak menolak atau membatalkan tempahan jika lokasi didapati tidak selamat, berada di luar kawasan liputan, atau atas sebab-sebab kecemasan teknikal.
- Sebarang pembatalan oleh pihak pelanggan perlulah dimaklumkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu temujanji bagi mengelakkan gangguan pada jadual pelanggan lain.
3. Tanggungjawab Pelanggan
Bagi memastikan kualiti potongan yang maksimum, kami memerlukan kerjasama ringkas dari pihak anda:
- Menyediakan ruang yang terang dan sesuai, berdekatan dengan palam elektrik (plug) sekurang-kurangnya pada jarak 5-10 meter untuk kemudahan peralatan gunting.
- Memastikan butiran alamat rumah dan titik lokasi GPS (Maps) yang didaftarkan di dalam sistem adalah tepat.
4. Program Ganjaran Rujukan (Referral)
- Komisen rujukan (rebat tunai) akan dikreditkan secara automatik ke dalam dompet (wallet) akaun anda setelah rakan yang disyorkan selesai mendapatkan perkhidmatan.
- Pengeluaran nilai ganjaran ini mematuhi jadual Settlement yang ditetapkan oleh pihak pentadbir, atau boleh dikeluarkan lebih awal tertakluk kepada budi bicara.
- Semat Barber berhak membekukan akaun secara serta-merta jika terdapat sebarang unsur penipuan (fraud) dalam memanipulasi sistem rujukan kami.
5. Pembayaran
Pembayaran penuh hanya perlu dilakukan selepas perkhidmatan selesai, bagi menjamin kepuasan anda. Kami menerima pembayaran secara Tunai atau imbasan kod QR (DuitNow). Caj perjalanan tambahan mungkin akan dikenakan sekiranya lokasi berada di luar radius percuma.